Wednesday, October 12, 2005

FFC...its about Friendship


Assalamualaikum,
Tak boleh tidur la pulak...kalau dah memang jenis tidur lewat inilah jadinya...sekarang ni aku kat CC dekat rumah aku...bulan puasa ni buka sampai 6 am...tu pun ada juga orang..mostly student sebab kat area Pangsapuri aku ni ramai student menyewa..
Aku sambung cerita tentang FFC lah.....pada 1/10/2005...member2 kat JB nak buat gathering kawasan dia orang...aku tak bagitau aku nak pergi tapi aku dah set pun dengan wife aku weekend tu turun JB..saja lah nak jumpa member yang aku belum tengok rupa paras lagi..cuma kenal kat Forum MelayuWorld saja....tapi aku nak cubalah sesuatu since aku dapat no HP Faizull masa aku pergi kat SP2..(malam Farah keluar)....aku try call dia malam jumaat tu bagitau tentang Gathering kat JB..kalau dia free aku boleh bawa dia..tapi dia cakap esok hari Sabtu..(1/10/2005) pukul 10am dia akan confirm dengan aku...
Esoknya tepat pukul 10am aku tunggu lah..apasal tak call lagi ni..?...aku try la call tapi tak angkat2...keep trying sampai pukul 12.30pm still tak angkat so aku assumed dia busy jadi aku bertolak dululah dengan Family aku sebab ada dia ka..tak ada ka..aku still akan ke JB...kalau dia ada tu kira bonus lah......sebelum sampai exit Seremban..hp aku berbunyi...dia call lah..sorry katanya sebab phone dia rosak,tak dengar nada dering...dia tanya boleh pergi lagi ke..boleh le apasal tak boleh pulak...tunggu aku patah balik ambil...exit Seremban..patah balik..punyalah jauh..tapi demi FFC aku drive juga....kesian juga kat anak2 aku terpaksa aku tinggal kat rumah anak saudara aku...tap apalah nanti Abah cover balik..
Lepas ambil dia kat Sri Hartamas..masa tu dah pukul 3pm..aku awal2 lagi dah alert Meow suruh buat lambat sikit..agak2 kami akan sampai pukul 8 malam....on the way singgah kat exit Alor Gajah ambil TamingSari...mamat ni sanggup tunggu berejam kat situ...aku pun dah alert dia awal2 kalau jadi Faizull ikut bolehla dia tumpang aku...sebab dia ada kat Melaka hari tu..ikut rombongan pergi kenduri kahwin kat mana tah...
Sampai JB lewat sikit lebih kurang pukul 8.15pm...geng kat JB dah organise makan kat Restoran Singgah Selalu...makan besar malam tu..kena pulak Faizull ada..meriah habis...macam-macamlah...tangkap gambarlah...sain duit lah....lepas makan jalan-jalan kat Danga Bay..aku perhatikan ramai orang yang kenal Faizull ni..so peminat dia ni boleh tahan jugak...kena pulak fokus crowd dia nanti satu je ..Rockers..tak payah nak berebut dengan penyanyi pop yang bersepah kat Malaysia ni....
Lepas tu pergi Taman Rinting..area mana tah..Pasir Gudang kot..dia bawa jumpa member dia Faizal..top 24 MI2...dia bawa pergi Karaoke...dapat lah dengar Faizull nyanyi lagi..fuuh memang suara tak pecah...lagu Di Penjara Janji tu pun dia boleh bawa....aku pun test jugalah se'lagu' malam tu...tapi lagu biasa je..Memburu Rindu...
Lebih kurang pukul 4am baru bertolak balik ke KL...yang lain dah terlentok dalam kereta termasuk Faizull..tinggal wife aku je yang layan aku bersembang takut aku mengantuk nanti....pukul 9am sampai KL..hantar TamingSari ke PutraJaya..lepas hantar dia balik ke rumah dia...enjoy aku walaupun letih memandu....aku happy kerana aku jumpa ramai kawan baru kerana insan bernama Faizull ni.....Meow,Semuthitam,akulanun,Budaknakal_stp,na2.dll..thanx kerana belanja kami makan malam tu and thanx kerana sudi jadi kawan aku yang setakat ni paling tua lah dalam FFC....after all,FFC is about Friendship right..
Wasalam!!

No comments: