
Assalamualaikum,
Jumpa kembali...sikit-sikit dah faham konsep blog ni...sebenarnya aku ni bukannya pandai sangat IT ni tapi sikap ingin mencuba aku yang buat aku redah juga..sebab aku rasa aku tak akan rugi apa-apa...takkan ada orang nak marah kerana aku nak mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku..kan Nabi (s.a.w.) suruh belajar sehingga ke liang lahad...
Event atau Fenomena yang aku sebutkan..hmm..panjang juga ni kalau nak intro....aku cubalah.....Sebenarnya aku ni penggemar irama Rock...masa sekolah dahulu tahun '80'an..memang Mat Rock habis...sanggup kumpul duit sebab nak beli album pertama Search..'Cinta Buatan Malaysia'..yang ori lah....masa sekolah mana ada duit tapi Rock punya pasal cari juga....tapi lepas habis sekolah dan terpisah dengan kawan-kawan aku rasa terumbang-ambing seorang diri...kena pula aku terus bekerja selepas sekolah tanpa melanjutkan pelajaran lagi...kawan-kawan baru kat tempat kerja tak layan Rock..so aku macam sorang-sorang je lah...so hidup aku lepas tu..maksud aku dari segi muzik lah...aku mulalah dengar irama lain asalkan sedap di dengar oleh telinga aku tapi jauh di sudut hati ku..macam lagu Sudirman pulak..irama Rock tetap menjadi pilihan utama..bila aku tension mesti layan balik lagu-lagu Rock...sekarang ni punya perangai bila drive kalau mengantuk pasang lagu Rock keras-keras..hilang ngantuk...
So,kenapa aku cerita tentang Rock?...sebab sekarang ni di Malaysia,melalui rancangan Malaysian Idol musim ke 2 aku jumpa kembali Semangat Zamanku melalui seorang peserta yang membawa irama Rock yang aku gemari....FAIZULL HERMAN.....walaupun tak berjaya memenangi Malaysian Idol tapi kau telah berjaya memenangi hati pencinta muzik Rock tanahair dan aku akan cuba sedaya upayaku menyokong perjuanganmu...!
Setakat ini dahulu..akan kusambungkan lagi coretan di sini andai masa mengizinkan..
Wasalam!
No comments:
Post a Comment