Assalamualaikum,
Minggu lepas..8/10/2005 aku buat majlis buka puasa kat rumah aku dengan Faizull..mulanya aku plan buka puasa dengan dia saja tapi bila mengenangkan tak adil kalau aku tak bagitau member2 lain so aku iklan le dalam MW...so ramai jugalah yang hadir...TamingSari & Wife,Awang & Wife,IsShahAlam & Husband..and Missy Atul....bukannya majlis formal..just buka puasa..makan nasi ayam aku order kat Pangsapuri Melewar tempat aku selalu makan nasi ayam.
So malam tu banyak berborak lah...banyak jugalah tahu cerita-cerita belakang tabir ni...at least aku tahu kebenarannya..biarlah orang nak cakap apa kat Idol aku..aku tetap sokong Rock...tapi aku selalu berpesan kat diri aku dan rasanya aku pernah pesan masa aktif kat Forum BH pada kawan2..biarlah minat kita hanya pada bakatnya...sebab kalu terlampau tahu personal life dia nanti kalau nampak yang buruk kita akan cepat kecewa..ye lah manusia mana yang sempurna..?..so far perwatakan dia okay..tak sombong..low profile dan harap2 kekal lah camtu..cuma risaunya bila dah top nanti ..dah jadi terlampau busy tak sempat lagi nak layan camni ada orang cakap dia sombong pulak....so aku cuba untuk tidak memikirkan sangat perkara ni..bagi aku cukup aku dapat mengenali kawan-kawan baru melalui dia...ye lah dia merperjuangkan nasib dia dalam pertandingan tu..kami pula sama-sama support dia kerana apa yang dia perjuangkan adalah minat yang sama..Rock..!
So stay cool Faizull...and terima kasih kerana sudi datang rumah abang and pada kawan-kawan juga...tak sedar masa berlalu ye..tengok-tengok nak dah makan sahur..cayalah..kadang-kadang apa yang kita tak rancang akan jadi lebih seronok dan bermakna...apa-apa pun Rock Terus Rock..
Wasalam!!!
No comments:
Post a Comment