Thursday, October 27, 2005

Aktiviti Semasa

Assalamualaikum,
Lamanya tak update blog ni...betullah kata orang tua-tua..Masa Itu Emas....ingatkan 24 jam tu cukup..pejam celik pejam celik banyak benda tak buat apa pun..alasannya tak cukup masa..berapa banyak masa yang aku nak pun tak tahu lah..manusia ni tak pernah puas...
Banyak jugalah aktiviti sepanjang 2/3 hari yang lepas tu...aktiviti dengan Faizul lah...ada yang boleh cerita kat sini..ada yang tak boleh lagi nak cerita..tengoklah nanti kalau diizinkan aku share lah...aku cerita yang boleh sudahlah..
..Malam 24hb yang lepas aku dengan Family ke Seri Pentas 2,Plaza Alam Sentral untuk tengok rakaman Idol Raya...itulah pertama kali family aku ke sana..aku pun baru kali ke 2....yang hadir untuk tengok malam tu kebanyakannya adalah Forummers yang aktif dalam BlueHyppo Messageboard....ramai jugakla geng2 FFC yang hadir..TamingSari & Wife,Awang & Wife,IsShah Alam & Hubby & Missy Atul..
..Malam tu semua Idol nyanyi lagu raya le...lenguh juga tangan aku tepuk tapi tak apalah sekali sekala bawa Family happy-happy....habis show tu..lepak pulak kat Syed Bistro makan-makan ..sembang-sembang..tengok member2 semua happy..okaylah tu..
pukul 1 pagi kami baliklah..sebenarnya aku ada projek lain lagi dengan Faizull keesokkan harinya so kena tidur awal sikit sebab esok nya sah aku yang nak kena kejut dia kat rumah dia nanti...he.he..
Susah la kalau nak terangkan kenapa aku jadi camni...selalunya aku bukannya jenis suka involve sangat benda-benda artis ni..tapi sekarang ni dah masuk peringkat 'deep' ni...bolehka aku teruskan nanti...aku rasa buat masa ni sebab dia transport pun tak ada dan baru nak mula karier dia sebab tu lah aku tolong..lagi pun dia macam aku masa nak mula hidup dulu lah..terkontang kanting cari kerja..susah la katakan..senang cerita..aku harap dia akan berjaya suatu hari nanti dan aku tak kisah kalau dia tak dapat luangkan masa lagi.....kalau dah berjaya nanti mesti busy punya..aku akan support dari jauh je lah....JANJI ROCK!!!
Wasalam!!!

No comments: