Assalamualaikum,
Berita hangat sekarang...seluruh dunia terutamanya Dunia Islam mengutuk keras tindakan akhbar Denmark,Jyllands-Posten yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W dalam akhbar mereka...
..dia orang ni tak serik2 ke..?..kebebasan akhbar konon..tapi janganlah sampai menghina...bolehkah hina orang sesuka hati saja dalam akhbar..lebih2 lagi sesuatu yang bersangkutan dengan ugama...dia orang tu bukan tak tahu sensitiviti umat Islam ni tapi saja nak cari pasal...akibatnya..huh..kan dah jadi makan diri...setakat berita hari ni banyak negara Islam dah memboikot barangan Denmark...salah satu product keluaran Denmark yang famous ialah LEGO...dianggarkan kerugian tu akan mencecah billion dollar...fuuh..bukan sikit duit tu...kerana ' nila setitik rosak susu sebelanga '..
..yang bestnya kat Malaysia sendiri ada juga akhbar yang bengong...Sarawak Tribune...apa nak jadi ha...dah bengap sangat ka..ketua editor tu...tak pasal2 lesen nak di tarik..apa la nasib pekerja lain yang tak bersalah tu..?....prihatin la sikit...isu ugama ni sensitif...
..sejahat mana pun orang Islam tu tapi selagi kami masih ingat Rukun Islam ada 5 dan Rukun Iman ada 6...jangan sekali-kali nak hina Junjungan Besar yang kami cintai..!
Wasalam..!!!
1 comment:
Ya Allah
berilah hidayat kepada 2 umar...
berilah hidayat kepada Hindun yg makan hati Hamzah
berilah hidayat kepada Supian
berilah hidayat kepada Khalid
berilah hidayat kepada denmark
kekalkanlah aku dalam hidayat
jadikan aku asbab hidayat..
AMIN
Post a Comment