Assalamualaikum,
Ada juga orang sebut hari ni Hari Asyura....tu yang kalau kat kampung cukup famous dengan bubur asyura tu....tapi tu tak la penting sangat...yang pentingnya hari ni banyak peristiwa2 penting yang terjadi dalam Islam...tak payah la aku huraikan kat sini...mana2 orang Islam mesti tahu punya...
..hari ni ramai orang berpuasa dan dari semalam banyak doa2 dihulurkan ke Hadrat Illahi memohon ampun dan berkat dalam kehidupan...time yang afdal untuk berdoa...
..bagi aku ..aku sentiasa berdoa..tak kirala hari Asyura ke tak...cumanya semalam tu ada advantage sikit..dan doa ku tak pernah berubah...aku cuma minta supaya hatiku tak lari dari mengingatimu Ya Allah....walau jahat mana pun aku semoga Kau mengampuni dosaku...tak ada lain yang ku harapkan...aku cuma ingin mati dalam KeredhoanMu....itu sahaja yang ku pinta...susah payah aku dalam kehidupan dunia ni akan tetap ku harungi jua...tapi ruginya aku andai di dunia ini aku gagal tapi di akhirat juga aku gagal...biarlah..andai kata ujianMu ini hanyalah sebagai balasan atas dosa-dosaku...asalkan aku dapat bergembira nanti di SyurgaMu...
Wasalam...!!!
No comments:
Post a Comment