Sunday, January 29, 2006

Apa Nak Jadi Ni.....?

Assalamualaikum,
Sedih aku...apa nak jadi dengan jenayah rogol di Malaysia ni..tak habis2..yang sedihnya dah la kena rogol lepas tu kena bunuh pula...terbaru kes Safiqah Mohd Borhan,pelajar umur 15 tahun yang di laporkan tidak pulang ke rumah dari persekolahannya yang akhirnya di temui mati di dalam longkang...
...apa jenis 'binatang' yang buat kerja ni..?..pelik aku...pening memikirkan..dia orang ni tak tengok berita ke atau tak baca suratkhabar...dia orang tak tahu ke yang penjenayah seperti mereka sebelum ni tak akan dapat lari juga..'sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga'...tak takut kah dia orang ni atau pun nafsu dah menguasai diri...aku ada beberapa teori :
a)Dia orang ni jenis kalau di kehidupan nyata seorang yang penakut,sering di buli atau nampak baik so nak luahkan tak berani jadi buat berani..lepas geram kat insan yang tak berdaya..
b)Memang jenis yang tak peka pada isu semasa...dia orang ingat dia orang boleh lepas bila buat benda jahat tu lepas tu nak tutup bukti bunuh...kau tak akan lepas la 'mangkuk'
c)Jenis bertuhankan Syaitan..yang ni memang tak boleh nak buat apa..tunggu kena rejam je lah..
...apa yang seronok sangat tu bila dapat rogol orang?...kepuasan apa yang di cari?..seks?..mengarut..kalau dah bergelut..dah paksa2..apa yang seronoknya...ini semua nak melepaskan kekecewaan..kemarahan..pengecut..!!!
..macamana lah perasaan keluarga mangsa tu...dengar ceritanya jenazah mangsa di kebumikan hari ini..Semoga Allah merahmati roh Safiyah yang teraniaya...dan semoga penjenayah tak bertanggungjawab tu akan menerima balasan sewajarnya..
Wasalam..!!!

No comments: